Dr M:Jangan terlalu taksub tukar kerajaan boleh bawa perubahan

Posted by Kucing Hitam Wednesday, 13 February 2013 0 comments

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ada golongan muda terlalu taksub dan percaya bahawa hanya perubahan dalam pemerintahan negara akan dapat mengubah keadaan hidup mereka.

Bekas perdana menteri itu berkata golongan ini ingin melihat perubahan pentadbiran kerajaan semata-mata kerana percaya janji-janji pembangkang.

"Apa jua yang dikatakan oleh Barisan Nasional (BN) nampak tidak berkesan.

Walaupun benar dan nyata tapi nampak tidak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu," kata beliau dalam temu bual dengan Bernama di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Katanya ketika Malaysia tidak banyak pembangunan dan masih dianggap negara membangun, setiap perubahan akan dihargai, berbeza dengan orang muda sekarang yang lahir semasa negara sudah mencapai banyak kemajuan yang ketara.

Menurutnya generasi sekarang tidak mengalami keadaan negara miskin, terhad dalam peluang pekerjaan, peluang pelajaran, peluang menjadi ahli profesional dan sebagainya; menjadikan mereka tidak begitu menghargai kemajuan semasa.

"Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya. Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi merek, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya," katanya.

Dr Mahathir berkata golongan sekarang juga dilihat terlalu terdedah dengan pengaruh barat, umpamanya berhubung prinsip kebebasan, mengakibatkan mereka berpendapat keadaan sekarang masih belum cukup bebas, masih lagi tersekat dalam banyak perkara.    

Beliau mengakui memang banyak yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenangi hati golongan muda dalam tempoh masa yang semakin suntuk, ketika bahang pilihan raya sudah terlalu hampir.

(Berdasarkan statistik suku ketiga Daftar Pemilih 2012 Suruhanjaya Pilihanraya, sejumlah 13.1 juta pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13, dan daripada jumlah itu 18.07 peratus atau 2.37 juta pengundi terdiri daripada kumpulan umur antara 21 dan 29 tahun manakala 22.8 peratus atau hampir tiga juta terdiri daripada kumpulan umur antara 30 dan 39 tahun).

Dr Mahthir berkata sejak pilihan raya umum lepas, kepimpinan Najib dilihat berusaha gigih untuk meraih kembali kepercayaan pengundi, dan sedikit sebanyak beliau kelihatan berjaya.

Katanya Najib sudah tidak punyai banyak masa, semasa beliau bertungkus lumus bekerja keras untuk mendekati rakyat seramai mungkin, beliau juga berhadapan dengan pelbagai tuntutan daripada banyak pihak.
Sokonglah Barisan Nasional
"Masa saya (masih perdana menteri) dulu orang tidak tahu bila ada election (pilihan raya), jadi dengan itu, sebelum mereka buat tuntutan itu ini, kita sudah adakan election (pilihan raya). Tapi bila kita tunggu sampai saat terakhir yang mana kita terpaksa bubar Parlimen, tidak ada unsur kejutan lagi, semakin hampir pilihan raya, semakin banyak tuntutan diterima," katanya.

Mengenai konsep 1Malaysia, Dr Mahathir berkata ia sememangnya baik dan ia memerlukan sambutan daripada semua kaum.

Katanya kesejahteraan dan keharmonian negara selama ini ialah hasil persetujuan antara kaum untuk berkongsi kuasa, sekaligus menjauhkan keadaan huru-hara.

"...dengan itu negara dapat dimajukan, kalau hari ini masing-masing kaum hendakkan semua yang mereka tuntut, ini akan sebabkan ada kaum yang tidak puas hati, maka kestabilan negara tergugat.

"(Dan) kemajuan tidak tercapai, ekonomi tidak akan tumbuh dan kita semua tidak akan dapat nikmat pembangunan. Ini patut semua kaum faham," katanya. - Bernama


Sumber Asal: Sinarharian

P/S:Eloklah kita sokong kerajaan BN dari sokongan pembakang yang hanya penuh dengan omong-omong kosong sahaja :D HIDUP BN!!!
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: Dr M:Jangan terlalu taksub tukar kerajaan boleh bawa perubahan
Ditulis oleh Kucing Hitam
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://blogpoyo.blogspot.com/2013/02/dr-mjangan-terlalu-taksub-tukar.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner/Backlink

Malaysia Free Backlink ServicesFree Promotion LinkFree Smart Automatic BacklinkMAJLIS LINK: Do Follow BacklinkLink Portal Teks TVAutoBacklinkGratisjapanese instant free backlink Free Plugboard Link Banner ButtonFree Automatic Backlink Service

BlogMalaysia.com

Trik SEO Terbaru support Online Shop Baju Wanita - Original design by Bamz | Copyright of Tunggu!Ini Blog Poyo!!.